1
00:00:06,040 --> 00:00:09,880
SEBUAH SIRI NETFLIX

2
00:00:12,520 --> 00:00:14,400
Ia sepatutnya dekat sini.

3
00:00:19,360 --> 00:00:21,040
Jadi, awak rasa ia betul?

4
00:00:22,560 --> 00:00:25,920
Cerita mereka tentang dia,
bahawa dia anak serigala?

5
00:00:29,840 --> 00:00:32,040
Baiklah, buat begitu.

6
00:00:35,640 --> 00:00:36,560
Di sana.

7
00:00:59,360 --> 00:01:00,720
Ini rumah encik?

8
00:01:00,800 --> 00:01:01,880
Tidak.

9
00:01:01,960 --> 00:01:04,160
- Boleh tahu encik buat apa di sini?
- Tak.

10
00:01:04,240 --> 00:01:07,280
Kami terima laporan
ada aktiviti mencurigakan, jadi…

11
00:01:07,360 --> 00:01:08,400
Awak rasa apa?

12
00:01:09,080 --> 00:01:12,360
Kalau tak nak beritahu,
kamu boleh ditangkap.

13
00:01:13,480 --> 00:01:15,200
Maaf. Saya cakap dengan kamu.

14
00:01:15,280 --> 00:01:18,000
Saya nak kamu berdua
jangan dekati rumah ini.

15
00:01:18,080 --> 00:01:18,920
Alamak.

16
00:01:19,000 --> 00:01:20,960
Baiklah. Cukup. Kamu ditahan.

17
00:01:21,040 --> 00:01:22,480
Sekejap, beri dua minit.

18
00:01:22,560 --> 00:01:25,520
Kamu tak perlu cakap apa-apa,
tapi ia boleh…

19
00:01:30,040 --> 00:01:31,040
Berambus.

20
00:02:43,000 --> 00:02:44,720
Anak-anaknya ada di sini.

21
00:02:58,120 --> 00:02:59,520
Awak tak patut sentuh.

22
00:03:00,960 --> 00:03:01,800
Kenapa tidak?

23
00:03:03,560 --> 00:03:06,760
ORANG BAHARU

24
00:03:08,760 --> 00:03:11,680
Sebab ya, saya rasa ia betul.

25
00:03:12,520 --> 00:03:15,320
BUNUH

26
00:03:54,040 --> 00:03:55,240
Nenek.

27
00:03:57,320 --> 00:04:00,120
<i>Budak itu boleh tinggal di sini</i>
<i>dengan kakaknya,</i>

28
00:04:00,680 --> 00:04:03,080
<i>tapi hanya sebagai anak jagaan majlis.</i>

29
00:04:03,160 --> 00:04:05,200
<i>Kita akan dapatkan</i>
<i>hak yang sah ke atasnya.</i>

30
00:04:06,440 --> 00:04:08,280
<i>Di bawah undang-undang apa?</i>

31
00:04:08,360 --> 00:04:10,400
Di bawah satu-satunya
undang-undang penting.

32
00:04:10,920 --> 00:04:13,480
Undang-undang Majlis Ahli Sihir Fairborn.

33
00:04:15,840 --> 00:04:19,800
Sekiranya dia jadi ancaman
kepada komuniti Ahli Sihir Fairborn,

34
00:04:20,320 --> 00:04:21,640
kita pindahkan dia.

35
00:04:22,160 --> 00:04:24,160
Awak dah takut dengan dia.

36
00:04:24,240 --> 00:04:26,040
Perang dah tamat.

37
00:04:29,320 --> 00:04:31,000
Terima kasih hidang teh.

38
00:04:36,160 --> 00:04:37,880
Apa awak nak panggil dia?

39
00:04:39,040 --> 00:04:41,920
Ibunya nak namakannya Nathan.

40
00:04:43,560 --> 00:04:44,440
Nathan.

41
00:04:57,000 --> 00:04:59,440
<i>Di dunia ini memang ada ahli sihir.</i>

42
00:04:59,960 --> 00:05:02,440
<i>Ahli Sihir Blood dan Ahli Sihir Fairborn.</i>

43
00:05:03,160 --> 00:05:06,360
- Kita dan manusia.
- Apa itu manusia?

44
00:05:07,320 --> 00:05:09,560
Manusia adalah yang tiada kuasa ajaib

45
00:05:10,080 --> 00:05:12,080
dan tak berminat dengannya.

46
00:05:12,720 --> 00:05:15,200
Hampir semua orang
di dunia ini ialah manusia.

47
00:05:16,000 --> 00:05:18,920
Maknanya walau sesiapa pun kamu jumpa,

48
00:05:19,000 --> 00:05:20,640
kamu perlu rahsiakan.

49
00:05:20,720 --> 00:05:21,560
Kenapa?

50
00:05:22,080 --> 00:05:23,480
Manusia takut dengan kita.

51
00:05:24,880 --> 00:05:26,960
- Adakah ahli sihir jahat?
- Tak.

52
00:05:27,680 --> 00:05:30,880
Tapi ada ahli sihir yang sangat jahat

53
00:05:31,480 --> 00:05:35,920
sehinggakan apabila kamu renung mata
mereka, kamu takkan nampak cahaya lagi.

54
00:05:36,960 --> 00:05:38,520
- Tapi kita baik?
- Ya.

55
00:05:39,040 --> 00:05:41,200
- Kita Ahli Sihir Fairborn?
- Ya.

56
00:05:43,000 --> 00:05:44,800
Saya pun Ahli Sihir Fairborn?

57
00:05:44,880 --> 00:05:45,840
Tak.

58
00:05:47,400 --> 00:05:49,120
Adakah saya Ahli Sihir Blood?

59
00:05:49,640 --> 00:05:51,080
Kamu cucu nenek.

60
00:05:52,040 --> 00:05:53,720
Kamu Nathan Byrne.

61
00:05:54,920 --> 00:05:57,960
Buat masa ini, itu dah okey.

62
00:06:01,600 --> 00:06:05,800
Kamu tahu salah satu cara untuk bezakan
Ahli Sihir Blood dan Fairborn?

63
00:06:06,600 --> 00:06:08,480
Tempoh kesembuhan mereka.

64
00:06:16,560 --> 00:06:18,880
- Bagaimana tidur malam kamu?
- Lena.

65
00:06:19,840 --> 00:06:21,960
Kamu rasa kamu cepat marah?

66
00:06:22,040 --> 00:06:23,160
Tak.

67
00:06:23,240 --> 00:06:27,120
Kalau dengar betul-betul,
kamu dengar tak degupan jantung saya?

68
00:06:27,200 --> 00:06:28,240
Tak.

69
00:06:28,320 --> 00:06:30,840
Rasa negatif terhadap ahli sihir lain?

70
00:06:30,920 --> 00:06:31,920
Tak.

71
00:06:32,440 --> 00:06:33,520
Nathan.

72
00:06:33,600 --> 00:06:35,560
- Kadangkala.
- Siapa?

73
00:06:35,640 --> 00:06:36,480
Kakak saya.

74
00:06:36,560 --> 00:06:38,480
Sebab dia Ahli Sihir Fairborn?

75
00:06:38,560 --> 00:06:40,000
- Tak.
- Habis itu?

76
00:06:40,080 --> 00:06:41,520
Dia busuk.

77
00:06:48,040 --> 00:06:49,440
Tiga puluh lima saat.

78
00:06:51,040 --> 00:06:53,640
Itu bagus. Lebih kurang saya.

79
00:07:02,120 --> 00:07:05,400
Kamu nak tahu
kenapa semua orang benci kita?

80
00:07:06,000 --> 00:07:08,000
Kenapa orang tak bercakap dengan kita?

81
00:07:09,640 --> 00:07:11,680
Sebab perbuatan ayah kamu.

82
00:07:12,920 --> 00:07:14,160
Dia bunuh ahli sihir.

83
00:07:15,200 --> 00:07:16,280
Ramai.

84
00:07:17,160 --> 00:07:20,160
Dia kurung mereka,
dia bertukar jadi haiwan buas

85
00:07:20,240 --> 00:07:21,760
dan serang mereka.

86
00:07:23,200 --> 00:07:25,200
Lelaki dan wanita.

87
00:07:25,960 --> 00:07:27,760
Anak-anak kecil.

88
00:07:28,800 --> 00:07:30,640
Dia koyakkan kerongkong mereka.

89
00:07:31,760 --> 00:07:34,800
Tapi itu tak teruk.

90
00:07:35,800 --> 00:07:38,080
Yang paling teruk ialah selepas itu.

91
00:07:39,160 --> 00:07:43,000
Ayah kamu boleh ambil
kuasa ahli sihir lain.

92
00:07:44,200 --> 00:07:45,400
Kamu tahu caranya?

93
00:07:47,560 --> 00:07:50,720
Dia robek jantung mereka dan makan,

94
00:07:51,880 --> 00:07:53,200
sementara masih panas.

95
00:07:54,400 --> 00:07:55,480
Dia makhluk jahat.

96
00:07:56,200 --> 00:07:58,640
Dia Ahli Sihir Blood yang paling jahat.

97
00:07:59,240 --> 00:08:03,080
Dia hamilkan mak saya
dan mak bunuh diri waktu kamu dilahirkan.

98
00:08:04,200 --> 00:08:06,920
Kenapa mereka nak tahu
kamu boleh dengar degupan jantung?

99
00:08:07,440 --> 00:08:09,240
Sebab mereka sangat takut.

100
00:08:09,920 --> 00:08:12,640
Takut kamu akan jadi makhluk jahat.

101
00:08:13,240 --> 00:08:16,720
Macam dia.

102
00:08:18,040 --> 00:08:19,960
Pernah alami mimpi ganas?

103
00:08:20,040 --> 00:08:20,880
Tak.

104
00:08:20,960 --> 00:08:23,840
- Kamu cepat marah?
- Tak.

105
00:08:23,920 --> 00:08:26,200
Pernah terfikir nak cederakan orang?

106
00:08:26,840 --> 00:08:29,360
- Nak sakitkan hati mereka.
- Tidur malam?

107
00:08:29,440 --> 00:08:32,120
Berbogel sambil tingkap terbuka.
Awak pula?

108
00:08:32,200 --> 00:08:33,680
Pernah alami mimpi ganas?

109
00:08:33,760 --> 00:08:36,480
Saya bermimpi menyanyi
di perhimpunan sekolah,

110
00:08:37,000 --> 00:08:40,880
tapi mikrofon saya rosak,
semua orang ejek saya.

111
00:08:41,760 --> 00:08:43,520
Awak rasa apa maksudnya?

112
00:08:44,360 --> 00:08:47,480
- Awak cepat marah?
- Saya tak rasa sebab jantina.

113
00:08:47,560 --> 00:08:50,760
Mikrofon rosak.
Saya tahu awak fikir begitu, tapi…

114
00:08:51,280 --> 00:08:52,840
Saya rasa bukan sebab itu.

115
00:08:52,920 --> 00:08:54,240
- Nathan.
- Saya rasa…

116
00:08:56,400 --> 00:08:58,960
Tak, saya tak cepat marah.

117
00:08:59,560 --> 00:09:02,320
Rasa negatif terhadap ahli sihir lain?

118
00:09:02,400 --> 00:09:06,720
Sekali-sekala saya ada
rasa negatif terhadap awak,

119
00:09:06,800 --> 00:09:09,760
tapi saya tak nak awak terasa hati.

120
00:09:09,840 --> 00:09:12,800
Jika dengar betul-betul,
dengar tak degupan jantung saya?

121
00:09:15,320 --> 00:09:16,280
Tak.

122
00:09:17,800 --> 00:09:19,960
Betulkah awak ada jantung?

123
00:09:28,280 --> 00:09:29,600
40 saat, lebih kurang.

124
00:09:33,360 --> 00:09:35,840
Kamu perlu ambil serius akan perkara ini.

125
00:09:35,920 --> 00:09:38,640
Awak dah cukup serius untuk kita berdua.

126
00:09:44,000 --> 00:09:45,720
Kita jumpa bulan depan.

127
00:09:46,600 --> 00:09:48,600
Saya tak sabar-sabar.

128
00:09:53,360 --> 00:09:56,760
Kelas, kita ada murid baharu
mulai hari ini.

129
00:09:56,840 --> 00:09:59,600
Annalise, sila perkenalkan diri kamu.

130
00:09:59,680 --> 00:10:00,560
Ada pen?

131
00:10:02,200 --> 00:10:05,040
Hai, saya Annalise.

132
00:10:05,120 --> 00:10:09,040
Kerja ayah buat saya dan abang saya
kena tukar sekolah dari London.

133
00:10:09,880 --> 00:10:12,280
Tapi rasanya bagus juga.

134
00:10:14,200 --> 00:10:16,240
Ya, saya rasa itu sahaja.

135
00:10:16,320 --> 00:10:18,200
- Hai.
- Terima kasih, Annalise.

136
00:10:18,280 --> 00:10:22,160
Kami alu-alukan kedatangan kamu
di dalam kelas. Baiklah.

137
00:10:22,240 --> 00:10:25,720
Hari ini kita akan belajar
tentang persamaan pembezaan.

138
00:11:06,480 --> 00:11:07,520
Kakak Jessica.

139
00:11:08,240 --> 00:11:11,080
Kakak, saya tak sangka kakak dijemput.

140
00:11:11,160 --> 00:11:14,720
Semua pelajar tingkatan 6
hadiri parti bosan kawan kamu.

141
00:11:15,240 --> 00:11:17,080
- Rumah dia akan huru-hara.
- Okey.

142
00:11:17,160 --> 00:11:20,280
Tapi kakak sepatutnya pakai kostum.
Memalukan.

143
00:11:21,880 --> 00:11:22,720
Celaka.

144
00:11:22,800 --> 00:11:24,600
Adik awak memang pelik.

145
00:11:48,160 --> 00:11:50,960
- Baiklah, semua. Seronok tak?
- Ya.

146
00:11:52,240 --> 00:11:54,280
- Awak kenal mereka?
- Tak.

147
00:11:56,240 --> 00:11:59,480
Kawan-kawan,
boleh jangan tumpahkan apa-apa?

148
00:12:01,240 --> 00:12:04,280
Lain kali biar orang lain jadi hos parti.

149
00:12:04,360 --> 00:12:05,200
Jack!

150
00:12:05,280 --> 00:12:07,520
Adakah kita hidup
di bawah rejim orang Fasis?

151
00:12:07,600 --> 00:12:10,000
Ayah saya zalim. Awak takkan faham.

152
00:12:10,080 --> 00:12:12,000
Apa kata kita ke rumah awak?

153
00:12:12,080 --> 00:12:14,760
Saya tinggal dalam karavan.
Muat 5 orang saja.

154
00:12:14,840 --> 00:12:17,240
Kami tak tahu sebab awak tak pernah ajak.

155
00:12:17,320 --> 00:12:19,320
- Saya takkan ajak.
- Kenapa tak?

156
00:12:19,400 --> 00:12:20,880
Saya ada rahsia.

157
00:12:20,960 --> 00:12:22,160
Seperti apa?

158
00:12:23,200 --> 00:12:24,640
Nenek saya ahli sihir.

159
00:12:26,440 --> 00:12:29,600
- Sudahlah!
- Betul. Seluruh keluarga saya ahli sihir.

160
00:12:29,680 --> 00:12:31,400
Awak bukan ahli sihir, awak mabuk.

161
00:12:31,480 --> 00:12:33,480
- Dua-dua pun boleh.
- Buat jampi.

162
00:12:33,560 --> 00:12:35,120
Bukan sekadar jampi.

163
00:12:35,600 --> 00:12:38,560
Boleh dapat satu kuasa
apabila cecah umur 17 tahun.

164
00:12:38,640 --> 00:12:41,760
Kemudian akan dapat tiga hadiah

165
00:12:42,360 --> 00:12:44,360
dan kena minum darah keluarga.

166
00:12:45,600 --> 00:12:48,600
Awak memang pelik. Awak merisaukan.

167
00:12:49,840 --> 00:12:51,800
Jangan di katil ibu bapa saya!

168
00:12:55,440 --> 00:12:57,240
Awak tak patut beritahu orang.

169
00:12:58,400 --> 00:12:59,440
Apa?

170
00:13:00,560 --> 00:13:01,680
Awak ahli sihir.

171
00:13:01,760 --> 00:13:03,200
Tak, saya main-main.

172
00:13:04,320 --> 00:13:06,680
- Awak tak main-main.
- Saya main-main.

173
00:13:08,160 --> 00:13:09,320
Saya Fairborn.

174
00:13:10,400 --> 00:13:12,040
Awak tak main-main.

175
00:13:13,360 --> 00:13:14,360
- Awak…
- Ya.

176
00:13:14,880 --> 00:13:16,240
- Tak.
- Ya.

177
00:13:17,440 --> 00:13:18,360
Celaka.

178
00:13:19,000 --> 00:13:22,160
Awak Nathan Byrne.
Kita berdua tak boleh berbual.

179
00:13:22,240 --> 00:13:23,800
- Siapa kata?
- Ayah saya.

180
00:13:23,880 --> 00:13:25,800
- Siapa ayah awak?
- Ahli Majlis.

181
00:13:25,880 --> 00:13:27,240
Apa kerjanya?

182
00:13:27,320 --> 00:13:30,000
Ketua Eksekutif
Unit Perlindungan Majlis Fairborn.

183
00:13:30,080 --> 00:13:32,600
- Dia Pemburu?
- Ketua Eksekutif Pemburu.

184
00:13:32,680 --> 00:13:37,200
- Sebab itu dia pindah ke sini?
- Hei, rasanya ada kaitan dengan awak.

185
00:13:39,600 --> 00:13:41,040
Jadi, bagaimana rasanya…

186
00:13:43,000 --> 00:13:45,600
Jadi ahli sihir di bandar
yang penuh manusia?

187
00:13:45,680 --> 00:13:47,080
Jangan tarik perhatian.

188
00:13:47,160 --> 00:13:48,400
Macam mana rasanya?

189
00:13:48,480 --> 00:13:49,400
Tak seronok.

190
00:13:51,600 --> 00:13:53,440
Kenapa kita tak boleh berbual?

191
00:13:54,080 --> 00:13:55,280
Awak tahu sebabnya.

192
00:13:56,280 --> 00:13:57,240
Ayah saya jahat.

193
00:13:57,320 --> 00:13:58,440
Ayah yang jahat.

194
00:14:01,840 --> 00:14:03,240
Tapi awak nampak baik.

195
00:14:04,560 --> 00:14:05,760
Mengambil kira ayah awak.

196
00:14:08,760 --> 00:14:10,440
Kita jumpa lagi nanti?

197
00:14:11,000 --> 00:14:12,240
Mungkin.

198
00:14:13,000 --> 00:14:14,960
Kita boleh borak tentang ahli sihir.

199
00:14:15,840 --> 00:14:17,840
Ahli sihir tak wujud.

200
00:14:21,600 --> 00:14:22,640
Tunggu.

201
00:14:47,880 --> 00:14:48,880
Annalise?

202
00:14:50,320 --> 00:14:51,560
Kau cari Annalise?

203
00:14:52,600 --> 00:14:53,960
Ya. Kau kenal dia?

204
00:14:54,040 --> 00:14:55,480
Ya, kami kenal dia.

205
00:14:57,200 --> 00:14:58,880
Ya, itu adiknya

206
00:14:58,960 --> 00:15:00,280
dan sepupu aku.

207
00:15:00,800 --> 00:15:02,720
Jangan bercakap dengan dia lagi.

208
00:15:03,640 --> 00:15:07,680
Hoi, Nathan! Tak boleh cepat marah, bukan?

209
00:15:09,120 --> 00:15:11,200
Tak boleh ada perasaan negatif?

210
00:15:11,280 --> 00:15:13,200
Ayuhlah, kawan. Apa?

211
00:15:15,040 --> 00:15:17,800
Ayuh. Kau tak nak lawan balik?

212
00:15:20,240 --> 00:15:21,840
Tak nak lawan walaupun aku…

213
00:15:31,000 --> 00:15:32,080
Tak nak lawan?

214
00:15:32,160 --> 00:15:33,040
Pengecut!

215
00:15:52,680 --> 00:15:54,040
Seronok tadi?

216
00:15:54,560 --> 00:15:55,480
Seronok.

217
00:16:36,000 --> 00:16:37,440
Abang saya memang tak guna.

218
00:16:41,080 --> 00:16:42,040
Tak mengapa.

219
00:16:43,680 --> 00:16:44,760
Tak boleh begitu.

220
00:16:47,640 --> 00:16:50,440
Bagaimana kalau ada
gen tak guna dalam keluarga?

221
00:16:51,280 --> 00:16:52,960
Jika saya ada anak tak guna?

222
00:16:53,560 --> 00:16:55,000
Atau cucu tak guna?

223
00:16:57,640 --> 00:16:58,960
Tapi dia betul.

224
00:16:59,640 --> 00:17:01,280
- Lebih baik kita…
- Nak keropok?

225
00:17:07,560 --> 00:17:09,720
Keluarga tak boleh tentukan kawan saya.

226
00:17:10,720 --> 00:17:11,680
Keluarga awak?

227
00:17:17,040 --> 00:17:18,760
Keluarga saya tak kisah.

228
00:17:18,840 --> 00:17:19,800
Baiklah.

229
00:17:21,000 --> 00:17:22,240
Itu keputusannya.

230
00:17:23,040 --> 00:17:24,240
Kita boleh berkawan.

231
00:17:25,280 --> 00:17:26,120
Semudah itu?

232
00:17:26,200 --> 00:17:27,080
Ya.

233
00:17:28,360 --> 00:17:30,480
Bagaimana awak tahu saya suka awak?

234
00:17:32,440 --> 00:17:34,160
Sebab saya hebat, kawan.

235
00:17:35,360 --> 00:17:38,920
Saya sahaja ahli sihir di sekolah ini
yang tak benci awak.

236
00:17:40,120 --> 00:17:41,800
Ahli sihir tak wujud.

237
00:17:41,880 --> 00:17:42,800
Ya.

238
00:17:46,920 --> 00:17:48,360
<i>Bagaimana tidur malam awak?</i>

239
00:17:48,440 --> 00:17:50,800
<i>Rasa negatif terhadap ahli sihir lain?</i>

240
00:17:50,880 --> 00:17:54,400
<i>Ada terfikir nak cederakan orang?</i>
<i>Dengar degupan jantung saya?</i>

241
00:17:54,480 --> 00:17:56,440
<i>Awak cepat marah?</i>

242
00:17:56,520 --> 00:17:58,000
<i>Pernah ada mimpi ganas?</i>

243
00:17:58,080 --> 00:18:00,480
<i>Pernah terfikir nak cederakan orang?</i>

244
00:18:00,560 --> 00:18:03,960
<i>Jika dengar betul-betul,</i>
<i>dengar tak degupan jantung saya?</i>

245
00:18:04,680 --> 00:18:06,440
Mahu lepak pada hari Jumaat?

246
00:18:06,520 --> 00:18:09,600
Saya tak boleh.
Jessica genap 17 tahun. Majlis restu.

247
00:18:10,120 --> 00:18:14,000
- Entah apalah kuasa dia.
- Adakah jadi jahat itu satu kuasa?

248
00:18:14,800 --> 00:18:15,680
Lebih kurang.

249
00:18:16,200 --> 00:18:18,720
Ya. Jumpa masa makan tengah hari.

250
00:18:26,240 --> 00:18:27,120
Nathan.

251
00:18:29,160 --> 00:18:30,680
Niall, Kieran.

252
00:18:31,280 --> 00:18:33,320
Aku dah suruh kau jauhi adik aku.

253
00:18:37,120 --> 00:18:40,440
Apa kita nak buat
tentang hubungan intim kita?

254
00:18:40,520 --> 00:18:43,560
Maksud aku, ketegangan ini menyeksa aku.

255
00:18:44,880 --> 00:18:47,400
Lagipun, aku rasa sepupu kau mula cemburu.

256
00:18:49,400 --> 00:18:50,360
Sial.

257
00:18:52,080 --> 00:18:54,120
Okey. Jumpa nanti.

258
00:18:55,320 --> 00:18:56,720
Celaka.

259
00:19:22,680 --> 00:19:23,560
Di sana.

260
00:19:30,560 --> 00:19:34,320
Jessica, pada hari jadi kamu yang ke-17,

261
00:19:35,000 --> 00:19:38,080
nenek berikan hadiah pertama kamu.

262
00:19:40,080 --> 00:19:41,000
Terima kasih.

263
00:19:44,560 --> 00:19:46,080
Hadiah kedua kamu.

264
00:19:49,880 --> 00:19:51,960
Dia amat menyayangi kamu.

265
00:20:09,200 --> 00:20:11,640
Hadiah ketiga kamu.

266
00:20:15,920 --> 00:20:17,000
Terima kasih, nek.

267
00:20:18,720 --> 00:20:19,760
Sekarang…

268
00:20:28,560 --> 00:20:32,000
Darah keluarga mengalir dalam diri kamu.

269
00:20:32,520 --> 00:20:35,120
Terimalah dan semoga sihat.

270
00:20:36,240 --> 00:20:37,840
Dongakkan kepala.

271
00:21:00,200 --> 00:21:01,280
Dah sampai.

272
00:21:06,880 --> 00:21:11,280
"Anda diterima ke program latihan
Kadet Majlis Fairborn."

273
00:21:14,360 --> 00:21:15,200
Jadi Pemburu?

274
00:21:15,280 --> 00:21:18,120
Melindungi komuniti Fairborn
daripada Blood.

275
00:21:18,200 --> 00:21:21,440
- Nenek tak tahu kamu memohon.
- Saya tunggu cukup umur.

276
00:21:23,120 --> 00:21:25,280
Kakak dah rasa berbeza.

277
00:21:26,040 --> 00:21:27,120
Lebih kuat.

278
00:21:28,600 --> 00:21:31,080
Kakak baca tentang nasib Ahli Sihir Blood

279
00:21:31,160 --> 00:21:34,000
yang tak dapat darah
apabila genap usia 17 tahun.

280
00:21:35,120 --> 00:21:37,080
Penderitaan.

281
00:21:38,000 --> 00:21:40,280
Mereka menggigil dan terkejang-kejang

282
00:21:40,360 --> 00:21:42,680
dan mata serta telinga mereka berdarah,

283
00:21:42,760 --> 00:21:44,480
mereka tak berhenti menjerit.

284
00:21:49,240 --> 00:21:50,400
Kemudian, mati.

285
00:21:50,480 --> 00:21:53,360
Saya sanggup mata berdarah
daripada tengok kakak.

286
00:21:53,440 --> 00:21:55,040
Boleh kamu berdua hentikan?

287
00:21:55,840 --> 00:21:58,520
Di sini tiada Ahli Sihir Blood, Jessica.

288
00:21:59,040 --> 00:22:00,640
Dia bukan Fairborn.

289
00:22:01,560 --> 00:22:03,560
Dia mesti benda lain, bukan?

290
00:22:21,720 --> 00:22:22,640
Ya?

291
00:22:25,000 --> 00:22:25,920
Siapa?

292
00:22:32,360 --> 00:22:33,360
Nathan.

293
00:22:35,120 --> 00:22:36,000
Mak?

294
00:22:37,240 --> 00:22:38,680
Mak dah kembali, Nathan.

295
00:22:42,080 --> 00:22:43,960
Mak nak beritahu kamu sesuatu.

296
00:22:48,440 --> 00:22:50,000
Mak nak beritahu kamu…

297
00:22:52,000 --> 00:22:53,320
yang kamu bunuh mak.

298
00:22:55,560 --> 00:22:57,360
Mak mati sebab salah kamu.

299
00:23:02,480 --> 00:23:03,840
Semua salah kamu.

300
00:23:05,560 --> 00:23:07,000
Berani kamu?

301
00:23:09,000 --> 00:23:11,120
Mak kamu pasti malu.

302
00:23:11,200 --> 00:23:13,840
Tak malu cuba bunuh diri dan dua anaknya?

303
00:23:14,800 --> 00:23:15,720
Minta maaf.

304
00:23:16,520 --> 00:23:17,680
Tak nak.

305
00:23:22,240 --> 00:23:24,480
Kakak dah dapat kuasa kakak.

306
00:23:41,960 --> 00:23:43,800
Hoi, Ahli Sihir Blood.

307
00:23:46,920 --> 00:23:48,720
Apa kau buat di sini, pelik?

308
00:23:51,000 --> 00:23:51,920
Hoi.

309
00:23:53,000 --> 00:23:54,760
Aku cakap dengan kau.

310
00:23:59,080 --> 00:24:01,280
Kau fikir buat tak tahu
akan buat ia berhenti?

311
00:24:01,360 --> 00:24:02,440
Takkan berhenti.

312
00:24:03,240 --> 00:24:06,040
Kau pengkhianat, sama macam mak kau.

313
00:24:06,120 --> 00:24:07,440
Okey.

314
00:24:16,400 --> 00:24:18,280
Jom ikut saya.

315
00:24:24,400 --> 00:24:26,160
Anak Soul O'Brien.

316
00:24:26,240 --> 00:24:28,360
Dalam ramai-ramai, awak gaduh dengan dia.

317
00:24:28,440 --> 00:24:32,040
- Dia yang cari pasal.
- Awak sahut cabaran.

318
00:24:34,560 --> 00:24:35,800
Kita nak ke mana?

319
00:24:35,880 --> 00:24:38,080
- Bangunan Majlis Fairborn.
- Kenapa?

320
00:24:38,160 --> 00:24:40,160
Ada orang nak jumpa awak.

321
00:24:41,280 --> 00:24:42,840
- Kenapa?
- Kenapa agaknya?

322
00:24:50,680 --> 00:24:52,240
Jessica dah mulakan latihan.

323
00:24:54,960 --> 00:24:56,840
Dia boleh jadi Pemburu hebat.

324
00:24:56,920 --> 00:25:00,040
Saya memikirkan pemburuan besar-besaran
apabila nampak dia.

325
00:25:04,120 --> 00:25:06,560
Kakak awak betul-betul benci awak, bukan?

326
00:25:07,840 --> 00:25:08,880
Ya.

327
00:25:08,960 --> 00:25:11,800
Mungkin dia salahkan awak
atas kematian mak awak.

328
00:25:12,360 --> 00:25:15,440
Ya, itu saya tahu. Terima kasih.

329
00:26:08,520 --> 00:26:11,520
Saya sangka tempat ini lebih menarik.

330
00:26:14,320 --> 00:26:15,280
Saja cakap.

331
00:26:20,360 --> 00:26:21,680
Okey.

332
00:26:24,880 --> 00:26:25,880
Apa ini?

333
00:26:26,440 --> 00:26:28,040
Mewujudkan semula.

334
00:26:29,080 --> 00:26:31,800
Ini rumah Rita dan Frank Applewood,

335
00:26:31,880 --> 00:26:34,360
hari ini genap pada setahun yang lalu.

336
00:26:39,760 --> 00:26:41,080
Saya Reutger Sillwood.

337
00:26:42,080 --> 00:26:44,280
Ketua Majlis Ahli Sihir Fairborn.

338
00:26:44,800 --> 00:26:46,800
Maaf sebab kita tak pernah jumpa.

339
00:26:46,880 --> 00:26:50,560
Tapi saya jamin,
saya perhatikan perkembangan awak.

340
00:26:50,640 --> 00:26:55,760
Soul O'Brien, Pentadbir Eksekutif
Unit Perlindungan Majlis Fairborn.

341
00:26:55,840 --> 00:26:58,040
Awak serang anak saya hari ini.

342
00:26:58,120 --> 00:26:59,240
Dia yang mulakan.

343
00:26:59,760 --> 00:27:00,960
Dia pukul awak dulu?

344
00:27:01,600 --> 00:27:02,440
Tak.

345
00:27:02,520 --> 00:27:04,880
- Jadi, awak mulakan.
- Dia menyakitkan hati.

346
00:27:04,960 --> 00:27:07,520
Dah baca sejarah sihir awak, Nathan?

347
00:27:08,520 --> 00:27:11,520
Saya tahu Harry berasmara
dengan Hermione akhirnya.

348
00:27:11,600 --> 00:27:14,240
Awak tahu apa Blood buat kepada kami?

349
00:27:15,760 --> 00:27:18,360
Awak tahu apa kemampuan mereka?

350
00:27:18,440 --> 00:27:21,200
Apa lelaki macam ayah awak mampu buat?

351
00:27:22,360 --> 00:27:23,200
Ron.

352
00:27:24,680 --> 00:27:26,280
Akhirnya dia meniduri Ron.

353
00:27:27,440 --> 00:27:28,880
Itu menjengkelkan saya.

354
00:27:29,480 --> 00:27:31,240
Okey? Ini menyeronokkan.

355
00:27:31,320 --> 00:27:32,440
Terima kasih.

356
00:27:33,240 --> 00:27:35,720
Kita kena berhenti beli
pod kopi pakai buang.

357
00:27:35,800 --> 00:27:37,320
Ambil banyak ini salah.

358
00:27:37,400 --> 00:27:40,760
Awak yang salah.
Saya minum secawan sehari setiap pagi.

359
00:27:40,840 --> 00:27:43,000
Saya tak pasti itu betul, tapi okey.

360
00:27:43,080 --> 00:27:46,800
Ingatkan saya untuk telefon Beth.
Dia susah nak telefon kita.

361
00:27:46,880 --> 00:27:49,680
Macam awak telefon mak awak
semasa di universiti?

362
00:27:49,760 --> 00:27:53,120
Tak, itu saya tahu.
Dia mungkin terlalu bekerja keras.

363
00:27:53,200 --> 00:27:54,760
Atau asyik ke pub.

364
00:27:54,840 --> 00:27:55,920
Saya harap tak.

365
00:27:56,000 --> 00:27:58,560
Asalkan dia seronok, itu yang penting.

366
00:27:58,640 --> 00:28:00,480
Termasuk belajar, takkanlah…

367
00:28:00,560 --> 00:28:02,360
Kenapa kita tak nampak mereka?

368
00:28:02,440 --> 00:28:05,840
Jampi itu hanya boleh mengesan
sejarah objek yang disihir.

369
00:28:05,920 --> 00:28:07,760
Mereka tak pernah jumpa mayat.

370
00:28:08,360 --> 00:28:11,400
Gemma baik orangnya,
tapi saya nampak Aisha…

371
00:28:13,040 --> 00:28:14,080
Apa itu?

372
00:28:14,720 --> 00:28:16,720
Entah. Tunggu di sini.

373
00:28:16,800 --> 00:28:18,480
- Frank…
- Tunggu di situ.

374
00:28:18,560 --> 00:28:19,760
Hati-hati.

375
00:28:24,000 --> 00:28:26,640
Awak nampak apa-apa? Frank?

376
00:28:29,840 --> 00:28:31,600
Frank!

377
00:28:36,040 --> 00:28:39,960
Tidak! Tolong, jangan!

378
00:28:40,040 --> 00:28:45,080
- Rita. Oh, Tuhan!
- Frank! Tolong!

379
00:28:45,160 --> 00:28:47,440
Tidak! Tunggu!

380
00:28:47,520 --> 00:28:48,760
- Tunggu!
- Tolonglah!

381
00:29:01,560 --> 00:29:02,880
Tolonglah!

382
00:29:26,960 --> 00:29:28,880
Jadi, siapa pasangan Applewood?

383
00:29:28,960 --> 00:29:31,560
Frank Applewood ialah ahli Kumpulan 10.

384
00:29:32,760 --> 00:29:35,320
Sepuluh ahli Majlis Fairborn

385
00:29:35,400 --> 00:29:38,520
yang bersumpah akan
mencari dan menghukum ayah awak,

386
00:29:38,600 --> 00:29:41,960
Marcus Edge, atas
Pembunuhan Beramai-ramai di Wolfhagen.

387
00:29:42,040 --> 00:29:43,680
Sembilan daripadanya mati.

388
00:29:45,120 --> 00:29:46,440
Siapa yang terakhir?

389
00:29:46,520 --> 00:29:47,400
Saya.

390
00:29:48,360 --> 00:29:51,440
Awak tahu apa yang berlaku? Di Wolfhagen?

391
00:29:52,280 --> 00:29:53,680
Dia bunuh semua orang.

392
00:29:53,760 --> 00:29:55,360
Dia hancurkan badan mereka.

393
00:29:55,440 --> 00:29:56,920
Daripada tangan ke kaki.

394
00:29:57,440 --> 00:29:59,760
Dia curi kuasa mereka dan cabut lari.

395
00:30:00,280 --> 00:30:02,080
Selepas itu dia tak ditemui.

396
00:30:03,120 --> 00:30:06,040
Sehinggalah 10 tahun kemudian
apabila khabar angin tersebar

397
00:30:06,120 --> 00:30:08,600
tentang wanita Fairborn
mengandungkan anaknya.

398
00:30:09,320 --> 00:30:11,880
Nampaknya khabar angin itu betul.

399
00:30:12,880 --> 00:30:16,720
Sebelum akhir tahun, umur awak 17 tahun
dan awak akan dapat kuasa.

400
00:30:17,760 --> 00:30:20,800
Awak boleh menjadi
Ahli Sihir Fairborn biasa.

401
00:30:20,880 --> 00:30:24,280
Atau awak boleh mewarisi
sesuatu yang lebih jahat,

402
00:30:25,160 --> 00:30:26,680
<i>yang lebih bahaya.</i>

403
00:30:26,760 --> 00:30:30,560
Awak rasa saya nak buat apa?
Mula bunuh orang pada usia 17 tahun?

404
00:30:30,640 --> 00:30:34,920
Awak dah menunjukkan
tanda-tanda kemarahan dan keganasan.

405
00:30:35,000 --> 00:30:38,840
Sekarang ini
kuasa di dalam diri awak terpendam.

406
00:30:39,880 --> 00:30:41,040
Ia akan bangkit.

407
00:30:43,120 --> 00:30:44,720
Ia akan mengubah awak.

408
00:30:46,040 --> 00:30:47,560
Setiap ahli sihir begitu.

409
00:30:49,160 --> 00:30:51,680
<i>Baik atau jahat.</i>

410
00:30:58,640 --> 00:31:00,120
<i>Betulkah awak serang Niall?</i>

411
00:31:01,120 --> 00:31:02,040
Tak juga.

412
00:31:03,000 --> 00:31:04,080
Agaknya. Entahlah.

413
00:31:04,160 --> 00:31:06,880
Okey. Tiga jawapan kabur
untuk satu soalan.

414
00:31:07,680 --> 00:31:09,680
Boleh saya anggap cerita itu betul

415
00:31:09,760 --> 00:31:12,680
atau dia hempas basikal sendiri
di atas kepalanya?

416
00:31:13,200 --> 00:31:14,840
Tak, saya yang hempas.

417
00:31:14,920 --> 00:31:16,520
- Itu kerja bodoh.
- Ya.

418
00:31:16,600 --> 00:31:18,600
Sepatutnya potong brek
dan pulangkan basikal.

419
00:31:18,680 --> 00:31:21,520
Nampak. Awak nampak baik,
tapi sebenarnya jahat.

420
00:31:21,600 --> 00:31:23,080
Awak rasa saya baik?

421
00:31:24,280 --> 00:31:25,120
Diam.

422
00:31:26,240 --> 00:31:28,120
- Awak fikir saya baik.
- Jangan dekat.

423
00:31:43,920 --> 00:31:45,520
Macam mana awak buat?

424
00:31:47,160 --> 00:31:49,400
Petuanya ialah cakap tak sakit.

425
00:31:51,240 --> 00:31:53,480
- Itu petuanya?
- Ya.

426
00:31:58,240 --> 00:32:00,360
Awak rasa apa agaknya kuasa awak?

427
00:32:04,600 --> 00:32:05,640
Kekuatan.

428
00:32:08,280 --> 00:32:09,600
Kuasa halimunan.

429
00:32:12,800 --> 00:32:14,960
Tukar jadi Hulk apabila marah.

430
00:32:16,600 --> 00:32:17,600
Entahlah.

431
00:32:20,280 --> 00:32:24,560
Kuasa utama ayah saya ialah botani,
bagus juga.

432
00:32:26,000 --> 00:32:27,480
Tumbuhan di mana-mana.

433
00:32:30,160 --> 00:32:32,680
Kuasa mak saya ialah air, tapi…

434
00:32:34,200 --> 00:32:36,400
Saya tak pernah lihat dia guna.

435
00:32:40,240 --> 00:32:41,680
Apa kuasa mak awak?

436
00:32:46,560 --> 00:32:48,200
Dia buat posyen.

437
00:33:37,880 --> 00:33:38,920
Awak okey?

438
00:33:42,760 --> 00:33:43,720
Ya.

439
00:33:45,200 --> 00:33:46,040
Ya.

440
00:33:50,120 --> 00:33:51,120
Ya.

441
00:34:14,160 --> 00:34:15,920
Selamat tengah hari, Nathan.

442
00:34:20,920 --> 00:34:22,760
Awak lupa hari ini hari apa?

443
00:34:29,160 --> 00:34:31,520
- Bagaimana tidur malam awak?
- Lena.

444
00:34:31,600 --> 00:34:33,440
- Ada mimpi yang ganas?
- Tak.

445
00:34:34,040 --> 00:34:36,000
- Awak cepat marah?
- Tak.

446
00:34:37,560 --> 00:34:39,800
Awak ada perasaan negatif…

447
00:34:47,720 --> 00:34:50,880
Rasa negatif terhadap ahli sihir lain?

448
00:34:51,960 --> 00:34:53,000
Tak.

449
00:34:53,680 --> 00:34:54,800
Awak cepat marah?

450
00:34:55,400 --> 00:34:56,400
Tak.

451
00:34:57,000 --> 00:34:58,920
Pernah terfikir nak cederakan orang?

452
00:34:59,000 --> 00:34:59,840
Tak.

453
00:35:02,280 --> 00:35:04,600
Awak boleh dengar degupan jantung saya?

454
00:35:15,880 --> 00:35:16,920
Tak.

455
00:35:25,400 --> 00:35:27,080
Kita jumpa bulan depan.

456
00:35:50,000 --> 00:35:50,960
Jom.

457
00:36:02,840 --> 00:36:04,320
- Jom.
- Annalise.

458
00:36:04,400 --> 00:36:05,560
Marilah!

459
00:36:08,520 --> 00:36:09,560
Biar betul.

460
00:36:13,600 --> 00:36:14,440
Cepat!

461
00:36:14,520 --> 00:36:15,600
Kita nak ke mana?

462
00:36:16,360 --> 00:36:17,640
Lekaslah, lembab!

463
00:36:22,280 --> 00:36:23,320
Perlahan sikit.

464
00:37:00,760 --> 00:37:02,840
Aku akan buktikan diri sebenar kau.

465
00:37:11,800 --> 00:37:12,840
Ya.

466
00:37:12,920 --> 00:37:14,120
Siapa aku?

467
00:37:15,280 --> 00:37:16,640
Anak ayah kau.

468
00:37:20,520 --> 00:37:21,760
Kakak tak kisah?

469
00:37:27,280 --> 00:37:28,120
Buat.

470
00:37:44,400 --> 00:37:46,480
- Aku dah agak.
- Ia tak ada makna.

471
00:37:47,080 --> 00:37:48,560
Kamu tahu maksudnya.

472
00:37:49,760 --> 00:37:50,680
Buat lagi.

473
00:37:52,840 --> 00:37:53,680
Buat lagi.

474
00:38:05,520 --> 00:38:06,680
Sial.

475
00:38:07,800 --> 00:38:11,640
Tak guna. Apa kita nak buat?

476
00:38:13,520 --> 00:38:14,360
Balik.

477
00:38:20,400 --> 00:38:22,920
Kakak, tolong.

478
00:38:24,320 --> 00:38:26,760
Kakak memang tahu diri sebenar kamu.

479
00:38:29,800 --> 00:38:32,320
Tolong saya. Tolonglah.

480
00:38:33,200 --> 00:38:35,640
Bukankah kamu rela mati
daripada jadi Blood?

481
00:38:36,160 --> 00:38:37,400
Kakak rela.

482
00:38:39,120 --> 00:38:40,840
Kamu sendiri tak boleh sembuhkan.

483
00:38:42,080 --> 00:38:44,440
Tolong saya.

484
00:38:49,080 --> 00:38:51,000
Baiklah. Kakak minta bantuan.

485
00:38:52,680 --> 00:38:55,520
Jangan cabut pisau itu.
Lagi cepat darah keluar.

486
00:39:10,560 --> 00:39:11,480
Nathan.

487
00:39:16,760 --> 00:39:18,720
Jangan bercakap. Tak mengapa.

488
00:39:20,560 --> 00:39:21,800
Kamu akan okey.

489
00:39:35,960 --> 00:39:37,000
Pegang.

490
00:40:01,440 --> 00:40:04,280
Ayuh, sayang.

491
00:41:14,720 --> 00:41:16,520
Nathan. Syukur. Aku…

492
00:41:17,440 --> 00:41:18,400
Nathan!

493
00:41:19,640 --> 00:41:22,400
Sial, Nathan! Kau dah hilang akal?

494
00:41:31,560 --> 00:41:34,080
Nathan!

495
00:41:46,040 --> 00:41:47,000
Nathan.

496
00:42:22,080 --> 00:42:23,040
Saya Blood.

497
00:42:24,760 --> 00:42:25,880
Sama macam dia.

498
00:42:25,960 --> 00:42:26,800
Pandang nenek.

499
00:42:27,480 --> 00:42:29,240
Kamu bukan ayah kamu.

500
00:42:30,640 --> 00:42:31,520
Blood,

501
00:42:32,240 --> 00:42:33,200
Fairborn.

502
00:42:35,560 --> 00:42:36,520
Tak kisah.

503
00:42:37,480 --> 00:42:39,000
Kamu budak baik,

504
00:42:40,160 --> 00:42:42,600
kamu tak perlu malu.

505
00:42:44,920 --> 00:42:46,400
Apa saya nak buat?

506
00:42:47,440 --> 00:42:49,000
Mereka akan cari kamu

507
00:42:49,080 --> 00:42:51,280
dan mereka boleh buat sesuka hati.

508
00:42:52,680 --> 00:42:53,680
Saya boleh lari.

509
00:42:54,520 --> 00:42:56,760
Kamu takkan selamat.

510
00:42:56,840 --> 00:42:58,840
Nenek kenal seorang ahli sihir.

511
00:42:59,400 --> 00:43:00,520
Mercury.

512
00:43:02,160 --> 00:43:04,440
Demi Tuhan, nenek tak nak buat begini.

513
00:43:05,800 --> 00:43:08,720
Jika tiba masa kamu perlukannya,

514
00:43:08,800 --> 00:43:10,120
dia boleh bantu.

515
00:43:11,200 --> 00:43:12,360
Bantu apa?

516
00:43:12,440 --> 00:43:14,400
Apa-apa saja masalah, Nathan.

517
00:43:15,880 --> 00:43:18,200
Okey, jom kita jumpa dia.

518
00:43:18,800 --> 00:43:20,040
Cepatlah.

519
00:43:20,120 --> 00:43:21,040
Apa?

520
00:43:21,880 --> 00:43:23,040
Mulakan membaca.

521
00:44:05,320 --> 00:44:06,320
Nenek?

522
00:44:14,680 --> 00:44:20,480
Nenek tak ada,
Nathan Byrne, anak Marcus Edge.

523
00:44:21,040 --> 00:44:22,040
Ya,

524
00:44:22,560 --> 00:44:24,280
aku kenal kau,

525
00:44:24,920 --> 00:44:28,480
anak haram kepada si syaitan itu.

526
00:44:28,560 --> 00:44:30,560
Jika cerita-cerita itu dipercayai.

527
00:44:32,840 --> 00:44:33,720
Baiklah.

528
00:44:35,560 --> 00:44:36,720
Mari mulakan.

529
00:44:37,680 --> 00:44:39,360
Kau panggil aku.

530
00:44:43,240 --> 00:44:44,080
Kenapa?

531
00:44:44,160 --> 00:44:46,000
Nenek kata awak boleh tolong.

532
00:44:46,080 --> 00:44:48,280
Kerja aku tolong orang, sayang.

533
00:44:48,960 --> 00:44:50,360
Apa yang kau perlukan?

534
00:44:50,440 --> 00:44:51,360
Saya tak tahu.

535
00:44:51,440 --> 00:44:55,120
Mungkin kau perlukan jawapan.
Kau nak tahu siapa diri kau?

536
00:44:55,680 --> 00:45:00,200
Kau nak tahu jika kau salah keturunan?

537
00:45:01,120 --> 00:45:04,720
Beritahu aku, bila kau akan jadi dewasa?

538
00:45:04,800 --> 00:45:06,600
Lagi 10 bulan, saya 17 tahun.

539
00:45:06,680 --> 00:45:08,880
Kau perlukan darah keluarga kau.

540
00:45:08,960 --> 00:45:10,640
Nenek akan beri kepada saya.

541
00:45:10,720 --> 00:45:11,760
Mungkin ya.

542
00:45:13,800 --> 00:45:14,920
Mungkin tidak.

543
00:45:16,240 --> 00:45:18,480
Banyak boleh berlaku dalam 10 bulan.

544
00:45:21,200 --> 00:45:23,000
Awak boleh selamatkan saya?

545
00:45:24,360 --> 00:45:26,160
Aku ada tempat yang selamat.

546
00:45:26,240 --> 00:45:28,560
Sama ada kau boleh ke sana atau tak

547
00:45:28,640 --> 00:45:31,320
itu soal lain.

548
00:45:31,400 --> 00:45:34,680
- Awak Ahli Sihir Blood, bukan?
- Kita tak ada beza.

549
00:45:35,280 --> 00:45:36,760
Macam mana nak cari awak?

550
00:45:43,800 --> 00:45:45,920
- Apa awak buat?
- Melukis peta.

551
00:45:54,320 --> 00:45:56,200
Apabila tiba masanya,

552
00:45:57,360 --> 00:45:59,200
minta bantuan.

553
00:46:05,680 --> 00:46:06,600
Peta ke mana?

554
00:46:07,760 --> 00:46:10,080
<i>Kau tahu tentang ramalan itu?</i>

555
00:46:10,160 --> 00:46:11,160
Tak tahu.

556
00:46:11,680 --> 00:46:12,840
Ramalan itu?

557
00:46:13,360 --> 00:46:16,880
Alasan mereka pastikan
kau hidup selama ini.

558
00:46:17,400 --> 00:46:20,760
<i>Mereka harap ia jadi kenyataan,</i>
<i>tapi jika tidak,</i>

559
00:46:21,440 --> 00:46:23,840
<i>mereka tak pasti apa perlu dibuat,</i>

560
00:46:23,920 --> 00:46:27,680
tapi yang pasti mereka risau tentang kau.

561
00:46:27,760 --> 00:46:31,560
Agaknya sebab itulah
ada ramai orang di luar.

562
00:46:31,640 --> 00:46:33,040
Kita gerak sekarang.

563
00:46:33,120 --> 00:46:35,480
Apa? Ramalan apa?

564
00:46:36,080 --> 00:46:37,640
Gerak!

565
00:46:37,720 --> 00:46:39,880
Masa kita hampir tamat.

566
00:46:40,480 --> 00:46:45,080
Aku harap satu hari nanti kita
dapat kenal dengan betul, Nathan Byrne,

567
00:46:46,040 --> 00:46:47,440
tapi nampaknya,

568
00:46:48,880 --> 00:46:52,720
peluang itu tipis.

569
00:46:58,680 --> 00:47:03,400
Apabila masanya tiba, minta bantuan.

570
00:47:07,720 --> 00:47:10,120
- Tunggu.
- Nathan Byrne!

571
00:47:10,200 --> 00:47:13,760
Ini Majlis Fairborn. Kau telah dikepung!

572
00:47:14,360 --> 00:47:16,360
Keluar sambil angkat tangan!

573
00:48:16,040 --> 00:48:20,400
Terjemahan sari kata oleh Yanti Arshad

